Thursday 7 August 2014

I & N ADVISORY


I & N ADVISORY (002349891-K)
i&n
No 42 Jalan BK 4/10 Bandar Kinrara,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 016-3860887/ 019-2646465 Tel No: 03-80713046

I & N ADVISORY (002349891-K)

Kami specialist dalam Pinjaman SME /SMI  & Bantuan Sokongan.

Kami adalah sebuah syarikat yang berpengalaman sebagai penasihat, perunding dan menguruskan perancangan kewangan serta pinjaman kewangan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang memerlukan bantuan bagi operasi syarikat serta keperluan yang berkaitan dengannya.  Di samping itu, kami juga membantu memberi alternatif dan kaedah yang sesuai bergantung kepada keperluan syarikat yang berbeza sebelum membuat proses permohonan. Dengan berbesar hati, kami amat mengalu-alukan kehadiran pemilik-pemilik syarikat yang sedia ada untuk terus berhubung dengan para perunding kewangan kami bagi menyelesaikan kebuntuan perjalanan perniagaan anda. InsyaAllah.

Merancang, Mengurus dan Meningkatkan Prestasi

Salah satu punca utama kegagalan perniagaan masa kini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan yang berkaitan dengan syarikat pihak perbankan dalam usaha untuk  mendapatkan sumber kewangan pusingan modal. Malah sesetengah perniaga kecil hanya mendapat khidmat perunding orang tengah yang kurang berpengalaman dan hanya ingin mengaut keuntungan sahaja.

Kami amat komited dalam usaha menjayakan setiap objektif dan matlamat yang berkaitan dengan urusan kewangan bagi semua pelanggan kami.


Kekuatan Kami

Kumpulan perunding kami berpengalaman luas dalam industri perbankan dan juga merupakan bekas pegawai Bank. Oleh itu kami sangat memahami keperluan serta tahu bagaimana untuk mencapai matlamat dan objective kewangan syarikat anda.
Profile

Mohd Nazzaruddin Bin Abu Bakar


Mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang perbankkan terutama dalam bidang SME dan SMI industri dan juga terlibat dalam menguruskan pinjaman Makro, Overdraf dan pinjaman berkala sekitar tahun 2007. Berpengetahuan luas tentang sistem jualan dan perniagaan SME serta dapat membantu memberi khidmat nasihat berkaitan Pengurusan kewangan dan juga situasi masa kini dalam perniagaan. Beliau pernah terlibat dalam mengendalikan sebuah Kursus Latihan teknikal  dan bukan teknikal kepada perkerja-perkerja yang berpengalaman dan yang kurang berpengalaman di sebuah organinsasi swasta. Mendapat Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah Universiti Tempatan dalam Pengkhususan Permasaran.     

Iskandar Dzulkarnain


Berkelulusan Diploma in Banking Studies Uitm 1998 dan Degree in Accountancy UITM 2001. Mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang kewangan Islam , insurans dan takaful dan mempunyai agensi sendiri di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan di (MARA )Majlis Amanah Rakyat dalam bahagian Pembangunan Usahawan selama 3 tahun.Bertanggungjawab dalam bidang latihan keusahawanan dan pembangunan usahawan yang baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan. Mempunyai kepakaran dalam bidang latihan pewujudan usahawan baru, insurans dan takaful, wasiat dan pemasaran perniagaan secara online dan offline.
Kami hanya akan berurusan dengan individu atau syarikat yang bersetuju melantik pihak kami sebagai konsultant beliau.

Perkhidmatan Kami

1.     Pinjaman Kewangan Berkala (Term Loan)
2.     Overdraf
3.     Kontract Financing
4.     Factoring
5.     Pinjaman Tanah
6.     Pinjaman Rumah Kedai/ Office
7.     Pelaburan Syarikat/ Simpanan
8.     Simpanan Tetap
9.     Asset Management
10. Wakaf Tunai
11. Pengurusan Harta Pusaka Islam
12. Pinjaman Lain.



Syarat-syarat Kelayakan Peminjam

1.     Minumum 6 bulan tarikh pendaftaran syarikat.
2.     Minimum turnover tahunan 50,000 ke atas.
3.     Mesti ada premis perniagaan sendiri.
4.     Perniagaan mestilah HALAL.
5.     Tiada masalah CTOS/ CCRIS
6.     Bercagar dan tanpa cagaran.
7.     Layak untuk Syarikat Persendirian, Perkongsian dan Sdn Bhd sahaja.

Dokument Diperlukan 

Syarikat Sendirian Berhad:  
1.     Salinan NRIC semua Director
2.     Profile Syarikat
3.     M&A, Borang 9 , 24, 32A, 44 dan 49
4.     6 bulan penyata Bank terkini
5.     2 tahun Audit Report terkini
6.     Management Account tahun terkini
7.     Senarai Penghutang dan Pemiutang (Debtor & Creditor Ageing Reports)
8.     Senarai Bank pinjaman terkini

Syarikat Persendirian dan Perkongsian:
1.     Salinan NRIC pemilik Syarikat
2.     Salinan Pendaftaran Syarikat ( Borang A dan Borang D)
3.     6 bulan penyata Bank terkini
4.     Senarai Penghutang dan Pemiutang (Debtor & Creditor Ageing Reports)
5.     Senarai Bank pinjaman terkini


*Bagi Syarikat yang medapat Tender dari Kerajaan, Semi-Kerajaan dan Syarikat Swasta Berhad. Sila lampir sekali surat tawaran tersebut.

No comments:

Post a Comment